Pancingan Kehidupan

Friday, July 01, 2005

Pertarungan Seekor "Dugong"


Sentapan pertama ini mengujakan..... Persoalan mula timbul, ikan apakah di hujung sana? Besar manakah ikan ini...... Bagaimana cara terbaik menewaskannya? Dan persoalan berterusan.......



Lenturan joran bersama tarikan dihujungnya sungguh mengasyikkan. Henjutan demi henjutan "makhluk" di hujung tali sana menguji kesabaran.... Untuk direntap terus, nanti koyak mulutnya atau putus perambut atau pelbagai lagi kemungkinan yang memungkinkan "makhluk" itu terlepas. Permainan tarik-tarikan bermula.... bersama lenturan sebatang joran.



Semakin mendekati, semakin terserlah kegagahan seekor "makhluk" yang belum kelihatan. Larian dan tujahan ganas mula kelihatan dengan sesekali mengambur menampakkan bayang......



Maka tertewaslah "makhluk" bernama tongsan. Punya kepala besar bersisik halus yang digelarkan "dugong" di Fifofo. Hanya yang pakar boleh mengolahnya menjadi lauk yang enak. Padaku, ianya sesuai untuk dilepaskan kembali. Untuk nanti dipancing orang lain.....

"Kenapa lepaskan lagi Yah?" tanya seorang anak.

"Ikan nih tak sedap. Bau hanyir. Lagi pun darahnya banyak sangat..... Lagi pun, nanti kalau dapat lagi kan syok tarik dia...." jawab seorang ayah.... Sambil mengajarkan Catch & Release pada seorang anak.....

1 Comments:

At 4:08 PM, Anonymous man sepat said...

cish!! tongsan rupanya. ingatkan dugong sungguh. tapii nengok muka budak tu selamba jer tarik tongsan tuh. macam pro sajer...... geramnya aku!!!!

 

Post a Comment

<< Home