Yang menyeronokkan, belum satu jam mengarau, sudah 3 ekor baung bersaiz lebih besar dari betis budak umur 7 tahun seperti Emir! Masak assam pedas sodap!!!!
Anak aku, Emir sedang bersungguh-sungguh menaikkan baung yang menyambar rapala saiz 5. Anak bapak!!!! Tempat pun selamat untuk bebudak macam Emir ini....
Cuma jangan di sambar bapak toman yang boleh menariknya ke air......
Beberapa kaki pancing di pinggir Putrajaya sedang kusyuk menanti umpan di sambar! Sebarau pun sekali-sekala menyangkut juga selain baung saiz bagak dan toman bapak bagak!
Mendekat tengahari, masing-masing berkerubung muka.... tidak mahu wajah menjadi gelap!
"Gambar tukang masak tak ada ker?" jerit tukang masak khas tengahari itu. Ada! No problem! Tengiri fresh masak asam di atas bot yang beralun..... fuh!!!! Cerita pun tak guna!
Wan Amirul, anak Che Wan dan Gelamer yang sedang membuat perambut dengan steel wire. Baru belajar buat perambut khas untuk Karang Ngah! Ni bukan perambut mata bom tau! Kat laut tak ada lampam!
5 Sep : Wajah pening-pening lalat di lambung ombak yang gemalai.... Hero lombong tumbang di lautan lepas! "lain kali nak pergi lagi!" katanya. Dan nanti, 2 - 3 Oktober, sudah book tempat awal-awal!
4 Sep : Tekong dan awak-awak bersedia menjatuhkan unjam. Unjam : pelepah kelapa yang diikat bersusun bagi tempat bermain ikan-ikan di laut. Sementara batu pemberat yang turun ke dasar sebagai tukun, tempat permainan ikan pemangsa yang lebih besar. Enam unjam diturunkan hari ini.