Pancingan Kehidupan

Monday, November 21, 2005

Ahh!! Beratnya yah.... Tolong....


"Ayah.... ikan makan. Beratnya!!"


"Ourgh.... beratnya."


"Eh... eh.... Full house. Dua umpan, dua ekor pacu sangkut!!"


Dua ekor pacu yang tersangkut serentak. Umpan, udang pasar. Perambut steel 20 paun, tali benang 20 paun dengan reel Abu Garcia. Pancingan pelampung umpan sekaki bawah pelampung.


"Tak larat nak angkat!!" Hasil pancingan selama 2 jam dari 10 pagi hingga 12 tghari di Fifofo. Sabtu, 19 Nov, 2006. 7 pacu, 3 keli dan 2 leekoh.

Tuesday, September 27, 2005

Berat tuh bang......



Lumayan hasil tuh bang!! Banyak ikan macam tuh, boleh muat peti ais ke bang?

Monday, September 26, 2005

Sekitar Pertandingan Memancing d'Fifofo



Pemancing menikmati sarapan pagi sebelum berjuang.



Seorang pemancing bertungkus-lumus cuba menaikkan "monster" kolam Fifofo.



Dapat dua ekor besar ini pun jadilah.....





Nah.... ambillah hadiah engko nih! Pengerusi Bekalimas menyampaikan hadiah hamper kepada salah seorang pemancing yang berjaya memenangi hadiah.



Satu ribu, dua ribu..... Pegawai Belia Daerag Sepang menyampaikan hadiah wang tunai kepada juara Pertandingan Memancing d'Fifofo sambil diperhatikan oleh Pengerusi Bekalimas.



Sebuah basikal sebagai hadiah cabutan bertuah utama bertukar milik....

Sunday, September 25, 2005

Subuh di Fifofo



Suasana Fifofo di awal Subuh sungguh hening. Sunyi dan sepi.... Seselesai mengadap al-Khaliq, menatap ketenangan permukaan air dengan kocakan-kocakan penghuninya begitu menyadarkan bahawa yang tenang sesekali akan berkocak jua. Bahagia tidak selamanya.... derita bukan bererti tidak akan ketemu jalan kebahagiaan dan kebesaran ini adalah seseungguhnya milik Dia.

Buncitnya perut dia.....



Buncitnya perut dia....... (Perut sapa?)

Ikan leekoh sebesar ini kalau menyangkut di mata kail, seronok melayannya. Di bakar mentega pun sedap!!

Saturday, September 24, 2005

Jom lepak kat sini!!



Ruang makan di Restoran Santai d'Fifofo bersama galeri Fifofo di tepinya. Catatan sejarah pembinaan Kolam Pancing Fifofo.



Ruang santai tempat aku berbincang malam sambil menikmati sup tulang bersama Ali Cafe.

Friday, September 23, 2005

Malam ini rasalah kepala tongsan stim halia!



Ah Hong, pemancing tegar di Fifofo bergaya dengan ikan tongsan sisik halus seberat 5.8 kg hasil pancingan Abang Aris Cermin.

Friday, July 01, 2005

Pertarungan Seekor "Dugong"


Sentapan pertama ini mengujakan..... Persoalan mula timbul, ikan apakah di hujung sana? Besar manakah ikan ini...... Bagaimana cara terbaik menewaskannya? Dan persoalan berterusan.......



Lenturan joran bersama tarikan dihujungnya sungguh mengasyikkan. Henjutan demi henjutan "makhluk" di hujung tali sana menguji kesabaran.... Untuk direntap terus, nanti koyak mulutnya atau putus perambut atau pelbagai lagi kemungkinan yang memungkinkan "makhluk" itu terlepas. Permainan tarik-tarikan bermula.... bersama lenturan sebatang joran.



Semakin mendekati, semakin terserlah kegagahan seekor "makhluk" yang belum kelihatan. Larian dan tujahan ganas mula kelihatan dengan sesekali mengambur menampakkan bayang......



Maka tertewaslah "makhluk" bernama tongsan. Punya kepala besar bersisik halus yang digelarkan "dugong" di Fifofo. Hanya yang pakar boleh mengolahnya menjadi lauk yang enak. Padaku, ianya sesuai untuk dilepaskan kembali. Untuk nanti dipancing orang lain.....

"Kenapa lepaskan lagi Yah?" tanya seorang anak.

"Ikan nih tak sedap. Bau hanyir. Lagi pun darahnya banyak sangat..... Lagi pun, nanti kalau dapat lagi kan syok tarik dia...." jawab seorang ayah.... Sambil mengajarkan Catch & Release pada seorang anak.....